
![]()
Laman web ini ditubuhkan oleh tiga orang anak Malaysia iaitu Amir Azros , Mohd Hafiz Wazir dan Hakimin Bin Hassan Alhasanawi. Tujuan utama laman web ini ditubuhkan adalah untuk membantu para peniaga di luar sana mempromosikan produk dan servis dalam dunia internet tanpa mengenakan kos yang tinggi.
Selain itu, laman web ini juga memberi anda peluang untuk mengemukakan segala pendapat dan pandangan anda tentang isu-isu semasa. Jadi, jika anda mempunyai perkara-perkara yang hendak dibincangkan kepada umum, anda boleh klik di forum.
Selaras dengan itu, kami cuba mencari kelainan dalam laman web ini. Walaupun agak baru dalam dunia ICT ini, tetapi dengan pandangan, cadangan dan bantuan daripada anda, kami berharap, kami dapat memperbaiki segala kekurangan dalam laman web ini. Anda boleh mendapatkan borang kaji selidik (survey form) bagi membantu kami untuk menjadikan laman web ini lebih baik.
Motto: “Jadikan Segalanya Mudah”
Moto ini membawa maksud, kami mengharapkan segala apa yang menjadi rintangan dalam kehidupan kita, anggaplah ia sebagai satu ujian yang mudah untuk kita harungi.
Visi: “Menjadi LamanWeb Yang Dipercayai”
Kami berharap agar pengunjung-pengunjung dan juga pelanggan-pelanggan kami akan terus memberikan kepercayaan kepada kami.
Misi:“Menjadi LamanWeb Yang Paling Berjaya Dalam Malaysia”
Misi kami, agar suatu masa nanti, kami berharap laman web ini menjadi laman web yang paling berjaya di Malaysia dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

Oren : Melambangkan keberanian
Kelabu: Melambangkan Semangat yang konsisten untuk berjaya
Gabungan Huruf (M) dan No (4): Melambangkan kerjasama yang erat dalam satu pasukan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh mengemukakan soalan-soalan anda kepada kami di ask@mudah4u.com